..::::..

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KELANTAN

..::::..

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday 16 October 2021

MUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN DIGITAL KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)

Assalamualaikum w.b.t

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam,  Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan sukacitanya memuat naik Hyperdocs Bahan Pentaksiran Digital Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) yang telah dilancarkan dalam Majlis Taklimat Pengoperasian KKQ Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari Khamis, jam 2.30 - 5.00 petang 14 Oktober 2021 yang lalu. 

Diharap bahan-bahan yang disediakan dalam pelbagai aplikasi ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar KKQ. Di samping itu akan memudahkan GKQ untuk mengurus kendalian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah masing-masing untuk tahun 2021 dan seterusnya. 

Untuk makluman, sebagaimana yang telah dimaklumkan semasa taklimat tersebut, tarikh pengisian pelaporan PBD KKQ dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Semoga tempoh ini dapat memberi kelapangan dan ruang masa yang luas kepada semua GKQ untuk melengkapkan urusan pelaporan murid masing-masing.

Jutaan terima kasih kepada barisan panel yang telah bersama-sama bertungkus lumus menyediakan bahan pentaksiran digital ini.

Sekian. Harap maklum dan terima kasih.

Instrumen Pentaksiran KKQ T1 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T2 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T3 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T4 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T5 - DOWNLOAD