..::::..

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KELANTAN

..::::..

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday, 16 October 2021

MUAT TURUN BAHAN PENTAKSIRAN DIGITAL KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)

Assalamualaikum w.b.t

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam,  Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan sukacitanya memuat naik Hyperdocs Bahan Pentaksiran Digital Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) yang telah dilancarkan dalam Majlis Taklimat Pengoperasian KKQ Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari Khamis, jam 2.30 - 5.00 petang 14 Oktober 2021 yang lalu. 

Diharap bahan-bahan yang disediakan dalam pelbagai aplikasi ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar KKQ. Di samping itu akan memudahkan GKQ untuk mengurus kendalian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah masing-masing untuk tahun 2021 dan seterusnya. 

Untuk makluman, sebagaimana yang telah dimaklumkan semasa taklimat tersebut, tarikh pengisian pelaporan PBD KKQ dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Semoga tempoh ini dapat memberi kelapangan dan ruang masa yang luas kepada semua GKQ untuk melengkapkan urusan pelaporan murid masing-masing.

Jutaan terima kasih kepada barisan panel yang telah bersama-sama bertungkus lumus menyediakan bahan pentaksiran digital ini.

Sekian. Harap maklum dan terima kasih.

Instrumen Pentaksiran KKQ T1 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T2 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T3 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T4 - DOWNLOAD

Instrumen Pentaksiran KKQ T5 - DOWNLOAD

Tuesday, 21 September 2021

TEMPAHAN MODUL BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5 KEGUNAAN CALON SPM 2021

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PERCUBAAN SPM DAN MODUL INTERVENSI BAHASA ARAB 2021

 Assalamaualaikum w.r.t 

Tuan, 

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PERCUBAAN DAN MODUL BAHASA ARAB SPM TAHUN 2021

Mohon semua ketua panitia membuat tempahan instrumen berkaitan sekirannya berminat, supaya pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah berjalan lancar. 

Instrumen Percubaan dan Modul Intervensi Bahasa Arab SPM 2021

  • Bahasa Arab

UNTUK TEMPAHAN: SILA KLIK BORANG


Sebarang kemusykilan, sila rujuk:

Puan Hjh Alimah Abdullah

Wednesday, 18 August 2021

SOALAN PENTAKSIRAN KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) TING 1-5 TAHUN 2021

SOALAN PENTAKSIRAN KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ) TING 1-5 TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pend Islam dan Guru yang mengajar kelas KKQ di semua sekolah menengah negeri Kelantan (SMK/SMKA/SABK) 

2. Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan  oleh pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN), semua premis sekolah akan ditutup sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak. 

3. Oleh itu pihak SPI mengambil inisiatif untuk membekalkan set soalan pentaksiran bagi murid-murid kelas KKQ Tingkatan 1-5 bagi tujuan pentaksiran di peringkat sekolah masing-masing. 

4. Pihak sekolah boleh mengadakan pentaksiran mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.

5. Pelaporan PBD KKQ melalui link google form yang telah disediakan bagi semua tingkatan perlu selesai pada 30 November 2021.

Terima kasih.


1- Kerta Jawapan Objektif - DOWNLOAD

2- Instrumen Pentaksiran Tingkatan 1 - DOWNLOAD

3- Instrumen Pentaksiran Tingkatan 2 - DOWNLOAD

4- Instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 - DOWNLOAD

5- Instrumen Pentaksiran Tingkatan 4 - DOWNLOAD

6- Instrumen Pentaksiran Tingkatan 5 - DOWNLOAD


SKEMA PEMARKAHAN: 

T1 DOWNLOAD

T2 DOWNLOAD

T3 DOWNLOAD

T4 DOWNLOAD

T5 DOWNLOAD


Sebarang kemusykilan, sila rujuk:

Puan Hjh Nik Salwani Bt Nik Ab Rahman

Penolong Pengarah

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam


Tuesday, 3 August 2021

TEMPAHAN BUKU KEM BESTARI SOLAT UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI KELANTAN 2021

Assalamualaikum w.r.t.

TEMPAHAN BUKU KEM BESTARI SOLAT UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI KELANTAN

Mohon Ketua Panitia membuat tempahan BUKU KBS sekirannya berminat, supaya pelaksanaan pentaksiran Kem Bestari Solat dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat sekolah berjalan lancar. Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 20 OGOS 2021. 

Klik : TEMPAH


Segala kemusykilan sila rujuk,

En Zulki Alwani Bin Ibrahim

Penolong Pengarah

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam,

Sektor Pendidikan Islam,

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Sunday, 1 August 2021

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKHIR TINGKATAN 4, PERCUBAAN SPM DAN MODUL INTERVENSI PENDIDIKAN ISLAM 2021

 Assalamaualaikum w.r.t 

Tuan, 

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKHIR TINGKATAN 4 DAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2021

Mohon semua ketua panitia membuat tempahan instrumen berkaitan sekirannya berminat, supaya pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah berjalan lancar. Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 OGOS 2021. 

 
1. Instrumen Akhir Tahun - Tingkatan 4
 
    - Pendidikan Islam
    - Bahasa Arab
    - Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
    - Pendidikan Syariah Islamiah
    - Tasawwur Islam
 
UNTUK TEMPAHAN: SILA KLIK BORANG (sedang diselenggar)


2. Instrumen Percubaan dan Modul Intervensi Kecemerlangan Pendidikan Islam / Bahasa Arab SPM 2021

  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab 
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam
  • Modul Intervensi Kecemerlangan

UNTUK TEMPAHAN: SILA KLIK BORANG


Sebarang kemusykilan, sila rujuk:

Puan Hjh Nik Salwani Bt Nik Ab Rahman

Penolong Pengarah

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam



Monday, 12 April 2021

DATA MURID KELAS BAHASA ARAB 2021 - SEKOLAH MENENGAH

 Assalamualaikum w.r.t


Mohon update maklumat murid dan kelas yang mengambil Bahasa Arab Sekolah Menengah.

Klik : ISI DATA

Wassalam.


Saturday, 20 March 2021

PROGRAM SUMUR TAHUN 2021

 


Bahan SUMUR boleh didapati dengan menekan Link di bawah:

BAHAN SUMUR 2021




PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH (PERSISS) KPM – BANK ISLAM KALI KE-8 TAHUN 2021

 Boleh dimuat turun dengan klik link di bawah:

SURAT MAKLUMAN PERLAKSANAAN PERSISS 2021



Kandungan

1. Surat Rasmi Makluman

2. Garis Panduan

3. Borang Pencalonan PERSISS 2021 - peringkat kebangsaan

4. Borang Maklumat Sekolah_calon PERSIS

5. Carta Perbatuan 

6. Instrumen

7. Panduan Penarafan Surau Imarah 2020

Aktiviti Program Adab dan Nilai Secara Dalam Talian Tahun 2021


Aktiviti Program Adab dan Nilai Secara Dalam Talian Tahun 2021


Klik link untuk muat turun (download) surat dan garis panduan di sini 

1. Surat makluman aktiviti Pertandingan Adab dan Nilai secara dalam talian 2021 (gabungan semua acara) (updated 18 mac 2021 pembetulan perkara 4.1)

 

2. Surat rasmi sahaja 

 

3. Garis Panduan Mahrajan Al-Quran (MQSS) Tahun 2021 (updated 18 mac 2021 pembetulan perkara 4.1)

 

4. Garis Panduan Festival Kesenian Islam (FKISS) KPM Tahun 2021

 

5. Garis Panduan Mahrajan Lughawi wa Qurani (MALQUSS) Tahun 2021

 

6. Garis Panduan Mahrajan Kesenian Adab dan Nilai (MK ADNI) Tahun 2021

 

7. Garis Panduan Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) Tahun 2021

 

Klink untuk muat turun (download) surat dan garis panduan di sini 

 

1. Surat makluman aktiviti Pertandingan Adab dan Nilai secara dalam talian 2021 (gabungan semua acara) (updated 18 mac 2021 pembetulan perkara 4.1)

Monday, 1 February 2021

ENROLMEN MURID ISLAM SEKOLAH MENENGAH NEGERI KELANTAN TAHUN 2021

Assalamualaikum w.b.t.

Mohon kerjasama semua Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan  untuk mengemaskini enrolmen terkini MURID ISLAM di sekolah masing-masing bagi tujuan Perancangan dan Pengurusan Kecemerlangan Pendidikan Islam Tahun 2021.  

Sekian. Terima kasih.

KLIK : ISI DATA

KUTIPAN DATA MURID ISLAM SK/SRA/SJKC PRA SEKOLAH, TAHUN 1 HINGGA 6 BAGI TAHUN 2021

 Assalamualaikum w.r.t

Makluman kutipan data murid Islam di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Rendah Agama (SRA), melibatkan murid :


1- PRA SEKOLAH

2 TAHUN SATU HINGGA TAHUN ENAM


Klik : ISI DATA


Segala kemusykilan sila rujuk,

En Zulki Alwani Bin Ibrahim

Penolong Pengarah

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam,

Sektor Pendidikan Islam,

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Wednesday, 20 January 2021

TEMPAHAN BUKU MODUL PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 4 DAN 5

 Assalamualaikum w.r.t

Modul Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 4 dan 5 telah disediakan untuk memudahkan pelaksanaan PdP guru bersama murid.

Modul ini telah digarap berdasarkan DSKP serta mengambilkira Dokumen Penjajaran Kurikulum. Kepelbagaian bahan dan modul akan membantu guru dan murid.

Bagi yang berminat bolehlah membuat tempahan mengikut murid masing-masing. 

HARGA SEMASA

Modul Pendidikan Islam Tahun 4 : RM 5.50
Modul Pendidikan Islam Tahun 5 : RM 6.00

Modul Bahasa Arab Tahun 4 : RM 4.50
Modul Bahasa Arab Tahun 5 : RM 5.00


Klik : TEMPAH

Wassalam.

Monday, 4 January 2021

TAWARAN KE SMATAAP 2021

 SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1

SMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI

2021

di buka pada 6 JANUARI 2020


*melalui aplikasi WhatsApp