..::::..

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KELANTAN

..::::..

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Sunday 3 July 2022

Tempahan Modul Pembelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Islam Elektif dan Bahasa Arab Sekolah Menengah Tahun 2022

 

Salam semua.

Bersekali dengan penurunan waran kecemerlangan sek2 KAA dan juga waran kecemerlangan PI SPM tahun 2022, pihak unit PPPI SPI, dgn kerjasama PEKDIS, tlh berusaha unt menyediakan :

1. Modul Pembelajaran PI Ting 1-5 (KLIK DI SINI)

2. Modul Pembelajaran BA Ting 1-5 (KLIK DI SINI)

3. Modul Pembelajaran Pend. Islam Elektif (PIE) Ting 4 dan 5

4.  Koleksi item unt PPT PI, BA dan PIE. (KLIK DI SINI)

Berikut disediakan, pautan / link unt tempahan bahan2 berkaitan unt perhatian dan tindakan pihak tuan dan juga pihak sekolah. 

Terima Kasih

Wednesday 20 April 2022

PELAPORAN PBD KKQ TAHUN 2022/2023

PELAPORAN PBD KKQ TAHUN 2022/2023

Makluman kepada semua Guru KKQ Sekolah-sekolah menengah (SMK(KAA), SMKA dan SABK) yang melaksanakan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ): 

1.  Bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) template pelaporan masih menggunakan template pelaporan yang telah disediakan oleh pihak BPI,KPM. Template ini adalah autodetect tahun semasa. 

2.  Mohon semua sekolah memuat turun  template berkaitan dan melaksanakan PBD terhadap murid-murid KKQ masing-masing. 

Sekian, harap maklum.


TEMPLATE 1,2 dan 4 - DOWNLOAD

TEMPLATE 3 dan 5 - DOWNLOAD

Sunday 20 March 2022

TEMPAHAN BUKU KERJA BELAJAR JAWI BAHARU TAHAP SATU DAN TAHAP DUA 2022 SEKOLAH RENDAH NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum w.r.t.


TEMPAHAN BUKU KERJA BELAJAR JAWI BAHARU TAHAP SATU DAN TAHAP DUA 2022 SEKOLAH RENDAH NEGERI KELANTAN

Mohon Ketua Panitia membuat tempahan BUKU KERJA BELAJAR JAWI BAHARU sekirannya berminat, supaya pelaksanaan pentaksiran Kemahiran Jawi dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat sekolah berjalan lancar. 

HARGA SEBUAH : RM 4.50

Klik : TEMPAH


Segala kemusykilan sila rujuk,

Jawatankuasa PEKDIS CAWANGAN KELANTAN

merangkap: 

En Zulki Alwani Bin Ibrahim

Penolong Pengarah

Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam,

Sektor Pendidikan Islam,

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Tuesday 1 March 2022

Aktiviti Program Adab dan Nilai Secara Dalam Talian Tahun 2022

Assalamualaikum w.b.t.

Klik pautan untuk muat turun (download) surat dan garis panduan di sini 

1. Surat makluman dan garis panduan semua aktiviti Pertandingan Adab dan Nilai secara dalam talian 2022 (gabungan semua acara) (Download)

2. Surat rasmi sahaja (Download)

3. Garis Panduan Mahrajan Al-Quran (MQSS) Tahun 2022 (Download)

4. Garis Panduan Festival Kesenian Islam (FKISS) KPM Tahun 2022 (Download)

5. Garis Panduan Mahrajan Lughawi (ILSS) Tahun 2022 (Download)

6. Garis Panduan Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) Tahun 2022 (Download)

7. Garis Panduan SUMUR Tahun 2022






(MUAT TURUN DOKUMEN DISINI)

8. Penarafan Surau Imarah Sekolah-sekolah (PERSISS) KPM Tahun 2022



 



(Muat turun dokumen) 

Sila tekan pada nama negeri untuk masukkan maklumat penarafan (KELANTAN)

     

Monday 7 February 2022

BAHAN INTERVENSI GARAPAN KASIH 2022

 Assalamualaikum w.b.t.


Sebagai persiapan pecutan terakhir untuk calon2 SPM sesi 2021/2022 terutamanya untuk membantu murid2 yang telah dikenalpasti dalam kategori D, E dan G bagi subjek Pendidikan Islam, Unit Perancangan & Pengurusan Pendidikan Islam (UPPPI), Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan dengan usaha barisan Jurulatih dan Panel JSU PI, telah menyediakan set Intervensi Garapan Kasih sebagai latihan Pecutan Akhir kepada calon-calon. 


Sehubungan itu, mohon semua GPI Sekolah-sekolah menengah negeri Kelantan supaya memuat turun semua bahan tersebut untuk diguna semasa Bengkel Intervensi Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Kelantan yang akan berlangsung pada 9-10 Februari 2022 sebagaimana pemakluman yang telah diberikan. 


Terima Kasih

DOWNLOAD BAHAN DI SINI

Wednesday 5 January 2022

Saturday 1 January 2022

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKHIR TINGKATAN 4 (SEMESTER 3 SESI TAHUN 2021/2022)

 Assalamu'alaikum W.B.T.

Tuan, 

TEMPAHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKHIR  TINGKATAN 4 (SEMESTER 3 SESI TAHUN 2021/2022)

Sukacita dimaklumkan, sesi pembelajaran bagi semester ketiga bagi murid-murid Tingkatan 4 akan berlangsung secara bersemuka sepenuhnya bermula 09 Jan 2022 ini. 

Sehubungan dengan itu, mohon perhatian dan tindakan semua ketua panitia Pendidikan Islam untuk membuat tempahan instrumen berkaitan sekirannya berminat, supaya pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah berjalan lancar bagi tujuan penetapan TOV pencapaian calon-calon SPM sesi 2022/2023. Tempahan hendaklah dibuat  selewat-lewatnya pada 07Januari 2022(Sabtu)

 

Instrumen Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 yang disediakan adalah seperti berikut:

 - Pendidikan Islam

- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

- Pendidikan Syariah Islamiah

- Tasawwur Islam


P/S: Mohon Ketua Panitia memastikan pengisian tempahan bagi subjek ditawarkan supaya tidak berlaku keralatan agihan.


TEMPAHAN: KLIK

Sekian, terima kasih.